Hyundai Department Store Group (
Hangul: 현대백화점그룹) mengendalikan rantaian beli-belah
Hyundai Department Store di
Korea Selatan. Selain itu, syarikat ini juga mengendalikan sejumlah perniagaan industri perkhidmatan.
[1] Anak syarikat kumpulan ini antara lain ialah Hyundai Home Shopping dan Hotel Hyundai.Pesaing terbesarnya ialah
Lotte Department Store,
Shinsegae,
Hanhwa Galleria, AK Plaza (Hangul: AK플라자, dahulu dikenali sebagai Aekyung Department Store), dan
Debec, sebuah gedung beli-belah di Daegu.Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1971 sebagai KeumKang Development Industrial Co., Ltd.. Syarikat ini membuka gerai pertamanya di
Ulsan pada tahun 1977. Rantaian utamanya, yang terletak di kawasan
Apgujeong,
Seoul, dibuka pada tahun 1985. Hyundai Department Store Group juga memiliki tujuh kedai lain di kawasan metropolitan Seoul, iaitu di
COEX (World Trade Center Seoul) di
Stesen Samseong, Mokdong di kondominium pencakar langit Hyundai Hyperion, Sinchon, Mia, Cheonho di
Gangdong-gu, Bucheon, dan di
Kintex Exhibition Center. Syarikat ini juga memiliki kedai di
Busan,
Daegu,
Ulsan,
Cheongju, dan sebuah kedai kecil di
Gasan-dong, Seoul.